Sudah lama kan x tulis blog. Nape? Masa awal pregnant dulu, jarang update blog sbb tak suka tgk komputer. Sekarang, xkan pregnant lagi kot? Haha. BELUM lagi ya. Tak update blog sbb tak de idea nak tulis. Tambahan pulak kat tmpat kerja baru ni BLOG dan FB diblock. Keh3.. So, mmg itu satu alasan yg acceptable la kan? :))
Ok tadi pergi bawak Iman Zulfa utk check-up 5 months. Esok dah 21hb dan she will turn to 6 months. Ape la nurse ni x pandai arrange appoinment. Budak tu dah hujung bulan baru dpt injection utk bulan tu. Next week injection 6 bulan ambik masa umur 7 bulan. Hesh. Maknya pulak fening. Tapi xpela.. Semoga anakku ini membesar dengan sihat. ambik vaccination ni pun, yela.. ada jugak rasa kurang setuju, tapi, buat semua ni sbg satu usaha untuk memberikan ketahanan yg terbaik utk si kecil ini..
Semenjak basyee dah kerja ni, breast pump Madela Swing adalah peneman setia. Kalau boleh mmg nak pam setiap 2 jam, tapi xdptla nak kuar selalu. Paling tidak pun, 2 kali, session pagi dan tengahari. Petang tu kalau sempat insyaallah buat jugak. Sekarang stok susu dah nak ada graf naik turun. Adakala banyak, adakala sikit. Memang semua tu bergantung pada rezki Iman Zulfa. Sebagai hamba, kita kna usaha dan usaha untuk mendapatkan hasil terbaik.
Everything for my little marshmallow. Iman Zulfa dah nak masuk 6 bulan esok, kalau tak, saat ini pasti dinanti2 kan oleh sebahagian ibu sebab boleh bagi anak makan. But for me, i had started earlier, masa last week x silap, sbb masa tu stok susu kurang dlm fridge, jadi my mom has to give something, semua tu untuk xnak bagi iman zulfa menangis minta susu :( Jadi umi basyee buat potato mash dan juga carrot lenyet2. Bagi dalam kuantiti yg sedikit tapi insyaallah bg seorang bayi yg perutnya kecil comel, ianya mencukupi :)
Semalam, basyee singgah beli Nestlac (Nestle product: Nestum untuk baby 6 months++). Bila dah beli, okla. Bancuh sikit2, dalam 3-4 sudu. Buh air panas kesuaman.. Then bagi Iman Zulfa. As usual.. Tapi tadi masa kat Klinik Ibu Mengandung dan Anak2, nurse tu tak recommend bagi nestlac, so baik mulakan dengan Bubur Nasi. hmm.. beras tu blend bagi hancur dan buat bubur. And grandma made it during lunch meal for Iman Zulfa :) yeay.. alhamdulillah.. (^__^)
(This is why I feel safe Iman Zulfa stays with my mom)
Another thing, Basyee pun survey2 jugak taska di area Taman Melewar, Gombak Ria ni. Memang alhamdulillah banyak taska2 yg di bawah JKM, jadi terpulang pada kita untuk pilih yg mana. Di kesempatan yg ada basyee sempat survey 2 taska sahaja.. 2-2 ada pro & cons nya.
Taska A
1- Yuran standard: RM350/sebulan. + RM50 pendaftaran
2- Baby di bawah jagaan sekarang: 1 orang
3- Todler & transit = 10 orang
4- Kekemasan: Boleh la.. Setakat barang2 mainan budak bersepah kat lantai.
5- Support Breast feeding
6- Masak makanan untuk kanak2 riang di situ
7- Ada 2 - 3 org staff
8- Ada bilik khas yg lapang dan luas untuk baby
Tapi.. yang x bestnya..
1- Pasang lagu
2- Owner dia x menutupi aurat (x pakai tudung)
:(
TASKA B
1- Islamic environment: Kawan Umi basyee
2 - Pasang ayat2 ruqyah, zikir
3- Yuran, RM290/sebulan + RM20 pendaftaran
4- Support Breastfeeding - stok susu & fridge complete
5- Kebersihan: Mcm sama je ngan kat atas
Tapi..
1- ramai sangat bebudak atenye. Untuk baby, ada 8 orang, 2 orang staff yang jaga
2- Bilik baby yg nak masuk 8 org tu + 2 pengasuh, besar bilik adik laki basyee je kot. Mean, x besar sangat as taska A
3- Kanak2 mmg ramai sampai takleh nak kira. I guess around 20-30 kot?
Tu kot.. Semua tu mmg fenen jugak la nk decide, but basyee telah buat kptsn hantar ke Taska B.. Hanya sebabkan satu yg utama, iaitu Islamic Environment. Yg lain2 tu, pejam mata kejap.
So testing utk bulan Mac ni dulu, ada tggal 8 hari ni. Boleh try tengok Iman Zulfa mcmana duk kat situ.. Hehe..
Dear my marshmallow.. Please make friend with others. I love you. And to my brother Ayid, angah wish you all the best in your SPM result. Insyallah..