Apr 16, 2011

First Time Visit - Klinik Ibu Mengandung dan Anak-Anak

Salam. Hari ini, minggu ini adalah minggu ke16 usia kandunganku.. Semalam hari jumaat aku pergi ke Klinik Ibu Mengandung dan Anak-anak. Post sebelum ni aku ade cerita pasal Buku Merah kan.. Jadi sebelum berangkat lagi seminggu pergi umrah, aku dah fikir2 untuk buat buku merah.

Jadinya, dipendekkan cerita perjalanan aku ke sana, aku pergi ke klinik ibu mengandung di Flat Sri Pahang, Bangsar. Kalau naik tren lrt, turun Bangsar, kedudukannya adalah di belakang dataran Maybank-> Lalu sebelah banggunan lot kedai untuk menuju ke Flat-Flat. Kt situ ada Flat Sri Pahang, dan Klinik tu berada di bawah Flat tu.

Aku tiba kat Klinik tu dalam pukul9.50 pagi, dalam perkiraan aku risau ramai orang dan beratur panjang. Tapi rupanya, aku adalah orang kedua kat klinik tu. Tak de orang pun pagi Jumaat ni. Hihi.. bahagianya.. Sape yg suka menunggu kan. Kemudian, aku bagi nama dan IC kat kaunter tu, nurse yg jaga tu sangatlah memberi kerjasama di mana dia bertanyakan serba serbi mengenai kandungan aku. Selepas setuju untuk buka rekod buku merah dekat klinik tu, aku pun pergi buat ujian air kencing. Pastu, nurse panggil untuk minta maklumat diri kita untuk diisi dalam buku merah tu. Hmm.. Sedang aku disoal-siasat tu, ramai pula ibu2 yang datang bawa anak2. Aku pun tanya, sampai anak umur berapa kena bawak sini, nurse pun cakap, sampai anak umur 6 tahun:) Ok. aku senyum sahaja.. Dalam hati, betul ke aku nak bawak anak aku ke sini nanti dh besar2? hehe

Lepas habis tanya semua, aku pun tunggu kat luar bilik klinik tu. Sementara menunggu, walaupun tak lama, tapi daripada tak ade wat ape2, bolehlah baca2 quran tafsir. Ni mmg kena prepare sebab tak nak masa terbuang lama. Kemudian, aku dipanggil masuk bilik dan baring kat atas katil tu untuk buat pemeriksaan perut dan breast. Nurse yg cek tu ajar mcmana nak buat pemeriksaan breast. Caranya mudah sahaja, gunakan 3 jari (telunjuk, tengah, manis) dan picit2 secara lembut di sekitar breast kita. Buat di sekeliling itu dan sampai kat bahagian bawah ketiak, kepit tangan kita untuk rase ade ketulan apa2 tak. Begitulah caranya. Nak maklumat lebih real dan lanjut, boleh kot google.. Lepas tu, nurse tu akan cek perut kita, tekan tempat bawah pusat kita tu secara lembut dan dia akan memberi penerangan setiap apa yg dia buat. Dia kata, baby kecik lagi, jadi tak dapat rasa sangat. :) Hihi. Kemudian, aku buat test HIV dan juga ujian darah untuk test kandungan Hb dalam darah. Unfortunately, kandungan Hb dalam darah aku bawah 10, iaitu 9.6, tidak berapa baik untuk seorang ibu mengandung. Nurse tu pun agak terkejut dan dia kata, kalau rendah camni, kena jumpa doktor setiap 2 minggu sehingga Hb kembali normal, baru jadi sebulan sekali.

Selepas itu, sessi kaunseling pula diadakan. Nurse tu bagi penerangan. Memandangkan aku pertama kali hamil, dia memberi penerangan yang sangat best untuk ibu2 muda seperti aku. Bagi yang kurang darah merah atau anemia seperti aku, kena banyakkan makan daging merah, kerang, hati lembu dan limpa, ataupun sayur2 bayam, kangkung, sayur segar, kurma. Apa lagi ek. tapi aku lebih prefer makan kurma ataupun daging dan sayur. Sebenarnya aku rasa, aku sangat rajin makan sayur, apatah lagi makan buah, tapi kenapa aku anemia ek. Pelik juga. Kesan2 anemia ni akan menyebabkan kita cepat cemas, cepat gemuruh, cepat penat dan mengah. Ia. Itu aku mmg rasai. kdg2 dalam meeting pun nerbes sebab takut buat salah apa2 ke.. hehe..

Pantang larang ketika mengandung ni, seperti tidak boleh pakai kasut tumit tinggi, jangan angkat barang berat, kena banyak rehat, minum susu sebaiknya 3 kali sehari. susu juga boleh digantikan dengan air soya. Ubat yang doktor bagi juga, kena ambil setiap hari dan makan setengah jam sebelum makan berat. Boleh diminum dengan air suam dan juga jus buah-buahan.

Setelah itu, penerangan mengenai penyusuan bayi dan penjagaan payu dara. Pertama sekali, kena set dalam kepala dan minda, aku nak menyusukan baby dengan susu ibu. Buat ibu mengandung, amat tidak digalakkan untuk sabun dekat bahagian nipple kita [ok ayat sangat sensitif dan 18sx tapi perlu diberitahu supaya kita tahu]. Hal ini kerana, sabun sifat alkali dan juga bila sabun situ boleh sebabkan situ kering, dan akan menjadi masalah bila nak menyusukan bayi nanti. begitulah. Semasa dalam tempoh bersalin, nurse tu kata, jangan makan kenyang sangat, makan seadanya, sebab lepas baby keluar fresh2, doktor akan bagi pada ibu terus untuk menyusukan baby. jadi kuasa allah, baby akan tercari2 sendiri susu ibu. Hehe.. comel kan. Ini bertujuan untuk meningkat bond antara ibu dan anak. Bagus jugak kan..

Banyak lagi penerangan lain yang diberikan. Aku turut dibekalkan dengan ubat2an untuk tambahkan darah. Dapat asid Folik, Vitamin B Complex, Vitamin C, dengan satu botol kecik untuk tambah darah. Hehe.. alhamdulillah dapat supplement, semoga sedikit sebanyak dapat membantu aku dalam perkembangan baby yang sihat sempurna.

Next appoinment will be on Wednesday, before aku pergi Umrah. Doktor akan keluarkan surat kebenaran naik flight dan juga untuk ambil darah bagi beberapa ujian yang lain. Sapa kata klinik kerajaan takde scan? Ade jugak okei. tapi mereka akan tetapkan masa yang sesuai bila kita patut buat scan.

Alhamdulillah. Penerangan yang aku dapat dan servis yang aku terima dari klinik ibu mengandung di Flat Sri Pahang ni amat memuaskan hati. Seronok juga dapat tambah pengetahuan dan terasa seperti diambil berat mengenai perkembangan ibu dan baby. Alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk aku buat buku merah ni sebelum berangkat. Bukan ape, sebab, rupa2nya banyak yang kita perlu tahu untuk menempuh fasa2 kehamilan. Jadi mungkin buat regular monthly check-up dekat sini jelah. Boleh kan? kalau nak bersalin baru pergi buat kat hospital mana2..

7 comments:

  1. basyi..jg hb darah tu baik2..sbb kalu rendah sgt bleh kd tumpah darah ms bersalin..nau'zubillah mntk dijauhkn..skrg basyi avoid minum teh..sbb teh mmg akan byk serap zat besi dr bdn kita..pastu bykkn mkn mknan yg ada zat besi..gud luck dear...jg diri & kandungan baik2..

    ttg baby ms lahir tu mmg automatik jumpa susu ibu dia..mmg ms lahirkn haziq..after jahit nurse bg rapat kat dada baby terus cari & jumpa susu..hehe..

    ReplyDelete
  2. jiha. betul tu jiha.. nurse pun ckp mcm tu jugak. sbb darah kita share dengan anak kita. basyi rase sebab basyi suka minum air teh jugak la jiha. tapi takdela selalu, kdg2 2 hari sekali je secawan. tapi since kalau itu yg byk serap zat besi, basyi akan cuba stop. kalau tak, pagi minum susu, petang minum teh. mcm tumpah darah tu pun nurse bgtahu, kalau 2L keluar, 1L pun tak mgkin mampu ganti. Basyi harap hb basyi kembali naik 11 lebih.. insyaallah. mudah2an..

    hehe.. pandainya baby. jihaa.. alhamdulillah jiha suda selamat pegang baby. bestnya. mcmana ek susu tu boleh kuar? ;p ajaib kan kuasa Allah

    ReplyDelete
  3. aaaaaaaaaaaaa. masih xpercaya basyee dah mengandung ;OP

    anyway,semoga dipermudahkan segala-gala urusan ibu2. ^^

    biiznillah

    ReplyDelete
  4. hikhik. perut tak besar lagi reen. insyaallah doakan basyee selamat semua.. thanks aunty reeeen

    ReplyDelete
  5. hehe..basyi bukan duduk dekat gombak ke?jauhnye cari klinik dkt bangsar..

    ReplyDelete
  6. basyi, ezh rs.. stop la minum teh tue.. ezh dr tau pregnant smp dh 25 weeks bru minum teh balik.. tue pn 1week skali.. dlu pn sehari 2x.. teh, kopi mmg x ok utk baby sgt.. rndah sgt tue HB basyi.. tp x tau la pulak klu teh n kopi tue ad efek utk hb..

    ReplyDelete
  7. a'ah syaz, tapi hari tu pergi dari opis, jadinye, yg terdekat dengan um tu kat pantai dalam atau pun bangsar. kebetulan masa tu naik public transport je, jd pegi kat bangsar jela.. tp leh je pakai buku tu buat medical checkup mana2 gomen klinik..

    izzah.. basyi penah jugak terbaca, teh @ kopi bukanlah langsung2 tak elok, tp jgn berlebihan kalau nak minum dalam sehari. memadai dengan secawan je.. hmm basyi mmg dah jd kegemaran air teh ni, boleh kata minum setiap petang dengan family, tp since dpt info ate dia menyerap zat besi, tu yg kena stop jugak tu. sekarang dh usaha makan ubat, sayur bayam + kangkung. hope dpt naikkan hb.. :)

    ReplyDelete