Aug 25, 2011

Baju Raya Baju Mengandung..

Salam..

Buat pertama kali tahun ini, baju raya adalah baju mengandung, yg maxi labuh tu.. huhu.. sejak kandungan dh berusia 6 bulan lebih, memang dh tak pakai baju kurung sbb ketat kat perut ataupun kain dia tak muat. Kalau nak kasik muat pun kena letak getah kain tu kat atas perut ataupun bawah. keh3

Minggu lepas, pergi ke Jalan TAR, hasrat di hati nak cari jubah kaftan kaler meroon ataupun jubah meroon. Tetapi tak jumpa. Kecewa jugak. Sangatlah ramai manusia2 sampaikan rasa mcm kena ade traffic light pula. Malas nak round jauh2 balik je laa..

Akhirnya, balik ke rumah tak beli pon baju, cuma beli kuih raya almond white chocolate cookies yg berharga rm16 sebekas (50 biji). Kemudian cakap dengan umi, ada kain pasang yg dpt masa kahwin hari tu, boleh buat maxi. Kemudian bila dh potong buat maxi hasilnya sungguhlah besar akhirnya. Rasa mcm saiz triple xl pula. Sebab kain baju itu licin, jd bila dipotong buat maxi, kompem kalau terkena angin menggerbang2 baju tu. haha

Oh.. Raya tahun ini balik ke Perak dulu.. (T__T) first time nih beraya kat negeri orang. Sebelum2 ni x pernah lagi. Walaupun beraya di sisi suami tersayang, namun demikian jauh di sudut hati pasti akan terkenang-kenangkan umi abah yg beraya di Kedah.. Cedeh. Tapi kena kuatkan semangat. Dah nak jadi ibu mana boleh nangis2 jauh dengan umi abah. kan kan..? pujuk hati sebab rasa hiba makin menjelma..

Masa kecik2 dulu, from top to toe mesti baru. tudung raya, serkup raya, baju raya, beg raya, kasut raya, stokin raya, telekung raya, keronsang raya pun ada. Semua baru la kata. Ni dh besaq panjang, sikit2 semua tu ditinggalkan. Tapi baju raya tetap mesti kena ada. Paling tidak, kalau tidak baru pun, ianya masih nampak berseri jika dipakai :)

Huhu.. Cakap lagi pasal baju raya, basyee amat2 tak puas hati trend baju raya sekarang ni yg hat baju jarang nipis kena pakai inner spagethi tu. Yaallah.. tolonglah, kenapa ade pereka fesyen yg buat senipis penapis air baju itu. malunye tayangkan baju spagethi dn kulit tangan segala.. :( What for dh beli baju pastu kena lagi pakai baju kat dalam. Kadang2 yg pakai tdung pun pakai baju camtu. pakai tudung molek dh tapi nampak bayangan tangan. Adoi.. kan free2 je dpt dosa..

OK esok dah 26 Ramadhan. Sob3.. Nangis lagi. Kenapa la entri ini ckp pasal baju raya sedangkan bulan Ramadhan pun belum habis dimanfaatkan lagi.. :( Masa mmg berlalu sungguh pantas. Sedar2 dh nak habis Ramadhan, datang menjelma syawal. Beraya, ziarah rumah orang sedara mara, pergi open house segala, pastu tak lama pastu basyee bersalin. Rabbi Yassir Wala Tuassir. Basyee harap semoga dapat istiqamah makan kurma sehingga syawal dan sampai masa nk lahirkan baby. Kurma selain bg tenaga pada tubuh, ianya juga amat baik untuk kandungan.

Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan (^__^)

Jangan lupa niat..

2 comments:

  1. Insya ALlah, itulah jihad dalam berfesyen. Ada pahala dan penghargaannya...

    Susah di sini, senang di sana...

    Suami yg tukang pantau pun dapat rahmat dan pahala.

    Insya Allah...

    ReplyDelete
  2. setuju! insyaallah.. asalkan menutup aurat dan menepati syariat.. (^__^)

    ReplyDelete